photo bannerweb_zpsc22c0fea.gif

Edisi Pengenalan




Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya mengekalkan status juara bola jaring peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan mengalahkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada perlawanan akhir Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang berlangsung dari 4 hingga 9 Februari 2014.

Umpama ulangan final pada SUKIPT 2012, aksi perlawanan akhir yang telah diadakan di Pusat Sukan Universiti Malaya (UM) ini memaparkan mutu permainan sebenar pasukan UTM dengan menewaskan pasukan UiTM dengan keputusan 45 berbalas 20.

Memberi tentangan sengit pada permulaan permainan, pasukan UiTM  tidak putus asa menyerang benteng pasukan UTM tetapi kekebalan dan kelincahan pemain UTM menyerang balas telah memberikan kemenangan mutlak dan mengekalkan pingat emas pasukan UTM dan menidakkan impian UiTM membalas dendam kekalahan pada perlawanan akhir SUKIPT yang lalu

Pasukan UTM yang dibarisi oleh Fazira Bte Mesnan (GD), Noor Atika Bte Mat Salleh (GS), Noor Atikah Bte Mohd Radzi (C), Nor Shafiqin Bte Mustafa (GK), Nur Ezzaini Bte Mohd Nor (GA), Pow Mei Fong (WD) dan Siti Sri Dalimah Bte Suhaimi (WA) juga merupakan pasukan yang telah memusnahkan impian pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk merampas takhta juara pada perlawanan suku akhir.

Pada perlawanan suku akhir, pasukan UTM berjaya membenam pasukan 'favorite' UPM dengan mata 27 berbalas 23. Pasukan UPM yang rata-rata dibarisi oleh pemain kebangsaan terpaksa berputih mata dengan tiga kesilapan pada saat-saat akhir perlawanan menyaksikan pasukan UTM berjaya menyudahkan kesilapan UPM dan berjaya memenangi perlawanan tersebut yang kelihatan seperti bayangan perlawanan akhir.

Berikut adalah kedudukan rasmi pemenang bagi kategori bola jaring pada SUKIPT 2014:

Pingat Emas : Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Pingat Perak : Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Pingat Gangsa : Universiti Malaya (UM)







Pasukan bola jaring Malaysia muncul juara buat kali kedua berturut-turut Tri_Nations Cup 2014 yang berlangsung di Kowloon Park Sports Centre, Hong Kong pada 20 hingga 23 Februari 2014.

Kejohanan tersebut yang dianjurkan oleh Hong Kong Netball Association (HKNA) telah disertai oleh jaguh utama bola jaring Asia iaitu Sri Lanka, Jemputan Hong Kong, Malaysia dan juga Hong Kong selaku tuan rumah kejohanan.

Pasukan Malaysia memulakan langkah bergaya dengan menundukkan pasukan no 3 Asia iaitu Sri Lanka (56-38) pada hari pertama sebelum menundukkan Hong Kong Invitational (43 - 30) pada hari kedua kejohanan.

Dengan corak permainan bertenaga membolehkan pasukan bola jaring Malaysia yang majoritinya dibarisi oleh pelajar dan bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Pasukan Hong Kong telah menduduki tempat kedua manakala pasukan Sri Lanka di tempat ketiga. Dengan kemenangan pasukan Hong Kong keatas pasukan Sri Lanka pada kejohanan ini, kedudukan tempat ketiga Asia dijangka dipintas pasukan Hong Kong yang sebelum ini menduduki tempat keempat pasukan terbaik Asia.

credit foto: Hong Kong Netball Association 



Pertandingan Bola Jaring Terbuka KAB 2014

27 Feb hingga 1 Mac  2014
Gelanggang Sukan Kolej Za'ba
Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI

Urusetia
Norafidah 014-8581048


Kejohanan Bola Jaring Lelaki Terbuka Netteam T'ganu 2014

8 Mac 2014
Arena Square MPD, Dungun Terengganu

Urusetia
Eja 014-8249192
Dik Jang 019-9523562



Bola Jaring 3on3 KKTC-Cyberjaya

8 Mac 2014
Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Urusetia
03-8318 0008



Kejohanan Bola Jaring Piala Naib Canselor UniMAP IV, 2014

21-23 Mac 2014
Arena Futsal, Kompleks Sukan Perlis

Urusetia
Pn Siti Fatimah 012-5449 598
Pn Rohayu 013-5222 032








Cobra Alpha mengetuai senarai empat pasukan yang mengesahkan slot ke separuh akhir Liga Bola Jaring Malaysia 2013/14 (MMNL) selepas menewaskan lawan masing-masing pada pada perlawanan peringkat liga di Wisma OCM, Jalan Hang Jebat yang lalu.

Cobra Alpha yang mencatatkan kemenangan besar 51-15 ke atas pasukan belasahan liga Cobra Bravo pada perlawanan terakhir liga. Keputusan itu bagaimanapun sudah memadai untuk Cobra Alpha melangkah ke separuh akhir dengan 27 mata keseluruhan.

Mengiringi Cobra Alpha ke separuh akhir adalah naib juara MMNL, Legend Netball Club yang meraih kemenangan ke tujuh dengan menundukkan pasukan Xtreme Netball Team dengan keputusan 42-33. Legend NC memerlukan kemenangan ini untuk menduduki tempat kedua liga sekali gus dinobatkan naib juara liga MMNL 2013 dihadapan pasukan Royale Malaysia yang menduduki tangga ketiga selepas pasukan Xtreme Netball Team.

Pasukan Royale Malaysia yang berjaya menundukkan pasukan Cobra Bravo pada perlawanan terakhir mereka dengan jaringan besar 55-18 tetap akur dengan tempat ketiga keseluruhan selepas mata keseluruhan yang dikutip tidak dapat memintas pasukan Legend NC yang hanya memerlukan seri pada perlawanan akhir mereka.

Cobra Alpha akan bertemu Legend NC manakala pasukan Royale Malaysia bertemu Xtreme NT di separuh akhir yang dijadualkan berlangsung di Wisma OCM, Jalan Hang Jebat Kuala Lumpur pada 27 Februari 2014.

Kedudukan pasukan selepas 10 perlawanan